New Year, New Story & New Life... (I guess..!!?)

Salam buat Tahun 2009… Ermmm tahun ni banyak Perancangan yang dirancang dan ingin dilaksanakan… Bukan sekadar impian tetapi azam yang ingin dilaksanakan untuk menjadikan hidup ini lebih menarik, mencabar & berguna pada masa sekarang dan akan datang… Antara main perancangan masa panjang adalah part time degree I…


Hari nie bermula lar tahun pertama I sebagai Pelajar di S.P.A.C.E UTM Cawangan KL… Pagi ni kami ade taklimat perpustakaan, belajar tentang macam mane nak guna library PSZ di UTM semarak… Bukan la ajar macam budak baru masuk skolah tapi taklimat pasal mcmmn kami sebagai Pelajar boleh access ke library di HQ UTM dan library2 Universiti semalaysia… untuk pinjam buku, pulangkan buku, cari maklumat dan sebagainya… Pada sebelah petang selepas waktu lunch, kelas pertama bermula subjek Olahan Air… dari jam 2 sampai 6.30 ptg, diantara waktu tu kami rehat setengah jam… Hari ahad lak kelas start dari jam 8.30 pg sampai jam 4 petang pon ade rehat sejam dan setengah jam diantaranya… Semester ni ade empat subject yang perlu diambil… Antaranya Olahan Air, Mekanik Bahan&Struktur, Persamaan Terbitan & Bahan Kejuruteraan Awam. Hopefully I akan menghabiskan semester ini dengan jayanya... amin...Nasib baik ade Sa’id, Amy ngan Zam secourse ngan I kalau x, payah gak nak menjalani kelas ini sendirian...





Masuk minggu kedua, ramai kawan baru yang I kenal... antaranya Kak Mastura, Kak Rosma, Syawal (ni xleh bg title abg wpon beza 6 tahun) dan lain-lain... I ni xtau la kalau perempuan lebey tua I leh panggil kakak but kalau lelaki xleh/xreti/xpandai/xbrani nak panggil abang... terase macam tengah nak flirt ngan org tu plak... maybe I’m the one think like that... best jugak blaja part time ni, mase blaja diorg banyak tanya soalan pasal issue yg blaku kat office or site diorg especially bile blaja subjek Bahan Kejuruteraan Awam. So ape yang kite blaja senang la nak ingat sebab ade aplikasinya...ermmm… memang susah sket tapi nak buat camne kene pandai2 la bahagikan mase dan korbankan kegembiraan dihujung minggu... Tahun baru kene ade azam baru, penghijrahan yang baru, anjakan yang baru dan semua la yang baru termasuk shopping barang2 baru... Hahahahaha I like the ’baru’ words... Sekian sahaja kali ni... Daaaa...

No comments: