KISAHNYA... Part 1

Sambil didendangkan oleh lagu Penakut by Yuna, jari jemari ni mula menaip cerita utk dipost dlm blog utk tahun 2012... Mendengarkan lirik ‘Ini tidak adil, tidak adil baginya, ini tidak adil, tidak adil bagiku...’ tetiba teringat tentang diri ini yang pernah merasa menjadi mangsa ketidak adilan... hehehehe ala-ala formal lak blog kali ni terus I ols tuka tune balik... sebenarnya bile dipikirkan balik pada mase tu, I ols yang tak pernah menghargai kasih sayang org lain... asyik nak lebih, xnak berkongsi langsung semua benda, tak pernah bersyukur dengan apa yang ade, & kesimpulannya mmg salah seorang manusia yang mpy ego yg sgt tggi, fussy & always wanted everything to be perfect all the time...Tapi langit xslalu cerah, hidup xslalu bahgia, roda akan berputar yang berada di atas akan jatuh ke bawah, yang sihat akan jatuh sakit dan wajib akan datang 5 perkara sebelum 5 perkara kerana lumrah hidup manusia adalah umpama roda yang sentiasa berputar... kenapa I ols tetibe keluar perumpamaan semua tu, sebab I ols rase perumpaan tu wujud sebab mmg ade kaitan ngan hidup kiter... Eh ape aku taip ni, korg phm x, kalau korg paham ok la kan...

2010 & 2011 sememangnya meninggalkan pelbagai pengalaman & cerita yang pelbagai rencah sehingga tetiba hidup I ols jd kucar kacir, jd kelam kabut, jd serabut... Sedih! rase, but anyway syukur alhamdulillah I ols masih mampu meneruskan segalanya... masih lagi mampu berdiri semula dari kejatuhan yang xterjangka walaupun terpaksa ber'tatih' semula... Semuanya kuasa Allah swt, segalanya akan ditentukan oleh Dia & kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha... selebihnya Allah swt yang akan menyuratkan takdir kita, menentukan siapa kita dalam setiap perancangan dan usaha yang kita lakukan... Sesungguhnya pada hari ini, I ols sgt bersyukur kerana hidup I ols penuh dengan warna-warni kehidupan yang mungkin tidak dilalui oleh individu lain... hmmm kisahnya...

Tahun 2010, bermula dengan petukaran kerja baru di bulan February di syarikat R. Kononnya ingin berubah angin, bekerja ngan kontraktor pulak, Bosnya seorang wanita yang berjaya. Pada I ols mungkin lebih senang bekerja dengan bos perempuan lalu dengan nekad & tekad serta cita-cita tinggi untuk berubah angin I ols pon meninggalkan syarikat yang telah 2 tahun I ols timba pengalaman. Namun apa yang difikir xselalu benar, kadang kala kita akan salah meramal peribadi orang. Mana-mana bos pon sama saja akan melepaskan amarah pada anak buah kerana mereka kan bos... Dipendekkan cerita disebabkan ‘kawan baik’ I ols ade masalah di tempat kerja, maka I ols pon tanya ngan Cik Bos kalau-kalau nak pki sorg lagi pekerja. Disebabkan Cik Bos kenal ngan ‘kawan baik’ tu maka Cik Bos pon suh la I ols pujuk dia utk keje ngan Cik Bos... I ols pon gembira la sbb nnt I ols ade officemate yg blh share keje yg bertimpal2 ni kan besides dia kan ‘kawan baik’ mesti senang berurusankan...

Kali ni perumpamaan, air tenang jangan sangka xde boye brenang digunakan... Sesungguhnya kerana terlalu mempercayai, ‘kawan baik’ dalam diam merancang sesuatu dgn kwn yg baru direkemen ke syarikat Cik Bos... kebetulan I ols terdengar perbualan telefon yang kurang enak antara ‘kawan baik’ dengan sub kon... Mungkin sebab takut rahsia terbongkar ‘kawan baik’ mula merangka usul tidak percaya Cik Bos pada I ols dalam erti kata lain usaha untuk mengusir I ols dr syarikat... Semua projek yang I ols handle semua dia kacau, sampai sub kontraktor yg bekerja dalam projek I ols menjadi sasaran & kesannya sampai sekarang I ols dipandang serong oleh kontraktor tu... I ols tak tau ape yang ‘kawan baik’ racun Cik Bos sampai Cik Bos tetiba keluar usul tidak percaya pada I ols & menyerahkan semua projek yang I ols susah2 buat proposal & costing... Sangat sentap ketika itu (sambil didendangkan lagu Biarlah Bulan Bicara), all my hardwork buta-buta dirampas org lain atas alasan I ols xbgus dlm keje site... Kalau betul, mcm mane I ols boleh deliver smua projek sbelum ‘kawan baik’ muncul...

Saat kesedihan dilanda begitu, I ols terima panggilan temuduga kerja utk sebuah syarikat di Ibu Kota... Terus, I ols pon pergi temuduga time2 tu gak & bos baru kate ‘Awak diterima bekerja, bila awak boleh mula kerja’ smbil berfikir I ols pon kate ‘Sy perlu bagi notis 14 hari bekerja’. ‘Ok saya akan tunggu sehingga itu’ kata bos baru lagi. Keluar dari Pejabat tu, I ols mula piker betul ke ape yang I ols buat nih? Umpama melarikan diri bila masalah timbul, sepatutnya I ols bantu Cik Bos bgtau dia pasal rancangan ‘kawan baik’. Tapi mau ke Cik Bos percaya, tentu Cik Bos akan kate I ols sengaja nak fitnah ‘kawan baik’ terus I ols pon amik kputusan I pon perlu berundur. Memang sangat lumayan kerja dgn Cik Bos tapi bile I ols dilayan mcm I ols buat salah kat Pejabat tu nak buat ape kan. Dah la laptop I ols yg berharga RM5K tu hilang akibat dimasuki pencuri kerana kecuaian receptionist beliau yang langsung xde sorang pon nak bertanggungjawab ketika itu. I ols terus bersabar tapi kalau sampai ‘kawan baik’ tikam belakang. Masalah dah jadi kronik bila ade org niat jahat pada kita sebelum ape2 blaku baik I ols berundur. Berundur bukan bermakna kalah cuma lebih suka tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Keesokan harinya, I ols terus hantar notis berhenti kerja (7 hari aje). Cik Bos tetiba kate dia tak terima notis berhenti keje tu, dia tanya apa masalah & pujuk I ols. Tapi sebab hati dah sakit agaknya I ols pon keraskan hati untuk resign. Mcm2 Cik Bos lakukan untuk pujuk supaya I ols kekal kerja disitu. Tapi I ols tetap degil sebab I ols xsanggup nak bekerja ngan ‘kawan baik’ yang tikam I ols dari belakang. Rase sakit sgt hati ni sampai senak rase bila dapat tahu kebenaran yang ‘kawan baik’ tabor crita2 memburukkan I ols. Saat ni mula terfikir, kawan yang kita kenal semenjak dibangku sekolah, belajar diploma same2 sanggup buat mcm tu... Sedih! Semenjak notis brenti diberi, I ols rase mcm2 layanan baik I ols terima namun hati ni dah membatu & tetap ingin teruskan niat meletakkan jawatan. Last notice yang I ols hantar adalah notis 24 jam. Sebab I ols kerja disitu tiada sebarang offer letter atau jaminan so I ols boleh hantar notis 24 jam. And finally Cik Bos terima dengan redha bahawasanya khidmat I ols berakhir disitu. Terima kasih atas peluang & kepercayaan Cik Bos pada waktu I ols bekerja, itu saja yang mampu I ols ungkapkan.

To be continue...

No comments: