
Actually konvokesyen kali ni agak meriah jugak kerana majlis dibuat di PICC buat pertama kalinya... Selalu dia buat kat Politeknik tapi sebabkan dewan yang sepatutnya kitorg gunakan masih tidak siap lagi renovation maka Politeknik mengadakan diluar kawasan Politeknik. Ermmm bagus la time kitorg nak konvo, time tu la diorg baru nak renovate dewan tu pasang Air Cond bagai. Padahal 9 konvokesyen sbelum ni terpakse bergantung pada kipas yang kurang sejuk... Ohooo bayangkan dengan pakai jubah pastu duk dalam panas mesti korang rase nak abes majlis laju2 jer... Tapi memang kitorg rase teristimewa sangat2 dengan Majlis Konvokesyen kali ni. Aku amik cuti 3 hari untuk majlis konvokesyen tu 12, 13 & 14 haribulan. 12hb aku kene attend raptai penuh kat PICC, 13hb hari konvokesyen & 14hb mestilah utk brehat & hang out hang out ngan rakan2!


Ermmm ape susah teknologi skang kan makin canggih, sms la masing2 siap tanya mane nak gi pas abes raptai. Heh heh heh... Pas abes taklimat Puan Lecturer tu kate sape name yang tersenarai dalam list tu sila tunggu & yang xde boleh terus amik jubah kat Dewan 10. Kitorg pon check la name kat senarai tu, separuh kelas kene tunggu ngan budak kelas lain skali la. Mule2 kitorg cam pelik lak nape lak tersenarai lak name kitorg kat cni rasenye cam xpenah lak hutang or pinjam buku xpulang2 kan! Rupe2nye kitorg dapat pingat ngan sijil untuk Anugerah Ketua Jabatan sebab CGPA dapat 3.5 & above... Pingat dah macam pingat lumbe lari lak dapat pingat emas tu! Aku dapat 2 sijil satu utk CGPA 3.5 & above ngan satu lagi sijil GPA 3.5 & above every semester. Xsangka lak dapat arini ingatkan dapat selepas majlis esk kan... Slepas dapat pingat, kitorg smua menuju ke Dewan 10 untuk mendapatkan Jubah Konvo & lain2 Cenderamata dari Politeknik... Sian kat kawan aku coz sampai2 jer, jubah untuk saiz dia dah abes terpakse la dia pakai jubah yang besar sikit. Mule2 tergelak gak aku, coz jubah tu dah macam baju tido dia lak xyah susah2 nak pakai baju kat dalam... Tapi bahagian urus setia ade kasitau cube tengok kat bahagian penukaran jubah mungkin ade saiz lagi. Ermmm memang pon ade, nasib baik kalau x nangis kawan aku tu. Pas abes raptai kitorg smua menuju ke Alamanda Putrajaya untuk makan tengahhari skali pakej ngan breakfast coz masing2 excited nak jumpe kawan2 sampai masing2 terlupe nak breakfast...

Bila tiba masanye kami smua diarahkan masuk ke dewan & duduk di kerusi yang telah disediakan. Masuk macam budak tadika nak konvo je, teratur & excited duduk kat line DKA. Sronok rase tengok nil ah majlis yang menyatukan kitorg smula wpon ramai gak yang xdatang tapi kitorg masih gumbira suka hati disana… Another surprise for us, rupe2nye penyampai sijil Diploma kitorg adalah our beloved ex-Pengarah Politeknik yang sekarang dah jadi Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar kat Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dia kalau ngan budak2 kelas kitorg dia ni mesra sket slalu borak2, senyum & mesra rakyat lah kirenye. Ade satu cerita ni nak citer, aku rase punyelah malu sket la kan mungkin org ramai xprasan kot tp xprasan ke sampai Mama aku ngan kawan2 aku kelas lain tanyakan soal itu, Owh… tidakkk! Mase nak naik pentas memang ade lecturer yang arrange pergerakan kitorg tapi aku xtau la nape lecturer yang terakhir (ala2 check point terakhir la) sbelum sampai ke Pengarah sibuk tolak aku suh cepat bukan aku sorang jer smua bdk kelas aku la kene. Padahal depan aku Diela & ex pengarah tu tengah borak2 & tanya kabar dia. Aku lastnye terpakse break emergency tengah2 pentas tu & tggu sampai diela abes borak ngan ex Pengarah. Bayangkan smua org tangkap usha kat aku malu plak rase dh ar tengah nervous ni... leh lak jadi cenggitu! Mase aku sampai ke ex Pengarah tu, dia siap cakap ngan aku ”Senyum Sikit..! Orang nak tangkap gambar tu, nanti gambar buruk.” Aku tibe2 tergelak sket dengar dia cakap camtu, mungkin sebab aku nervous sangat kan pastu dia cakap camtu tbe2 jer la tergelak. Dia tanya la aku keje mane skang, xnak sambung blaja ke, ermmm ade la dalam 5 minit kitorg borak... xleh lame2 nanti pengsan orang kat belakang. Hahahaha...



No comments:
Post a Comment